Login


Register | Recover Password
 

MASALAH PEMBELI RUMAH

masalah-membeli-rumah Tags:

 

Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh orang muda atau yang baru berkeluarga untuk memiliki rumah ialah set minda mereka. Minda mereka terlalu terpengaruh dengan rumah baru yang di iklankan oleh pemaju. Tetapi sebaliknya ada banyak lagi pasaran yang boleh diterokai seperti sub sale dan juga lelong.

 

Memiliki rumah tidak sepertinya perlu mahal, tetapi perlu lihat kepada kocek individu itu sendiri.

 

Membeli rumah tidak susah mana. Hanya perlu disiplin dalam pengurusan kewangan dan juga terhadkan penggunaan gajet-gajet mewah dan juga kad kredit. Pokoknya pengurusan kewangan amat penting dalam memiliki sesebuah rumah

 

Antara masalah yang dihadapi oleh pembeli adalah

 

  1. Deposit / Modal

Modal untuk memiliki rumah pertama di antara 13% – 15% dari harga rumah. Jumlah ini termasuk 10% pendahuluan, 3% perjanjian rumah , perjanjian pinjaman , penilaian rumah dan juga insuran.

 

Asasnya 90% pinjaman adalah untuk rumah pertama. Tetapi ada juga bank-bank tempatan yang menawarkan sehingga 100% dan juga 105%. bergantung kepada pakej yang pihak bank tawarkan.  Ini termasuk kepada skim rumah pertamaku.

 

Deposit 10% juga boleh dikelurkan dari simpanan KWSP anda. Simpanan ini dikeluarkan daripada akaun 2. Klinik di sini untuk maklumat lanjut.

http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/member/withdrawal-to-purchase-a-house

 

  1. kelayakan pinjaman perumahan
  • Jumlah kemampuan setiap bulan perlu di kira untuk memastikan anda layak membeli rumah. Ini sangat penting kerana ia dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan mencari rumah yang benar-benar layak untuk dipinjam atau dalam erti lain yang mampu dimiliki berdasarkan gaji anda setiap bulan. Pengiraan kelayakan pinjaman perumahan sangat penting. Ia juga dipanggil DSR atau Debt Service Ratio. di mana ia merupakan nisbah hutang berbanding pendapatan anda. Semakin tinggi DSR anda, bermakna bahagian besar pendapatan anda adalah digunakan untuk membiayai hutang, dan ini sedikit sebanyak menandakan anda berada di paras bahaya untuk mendapatkan pinjaman baru.

 

** Anda boleh rujuk artikal lain bagaimana pengiraan dsr.

 

  1. Kurang ilmu pengetahuan

 

Berat mulut dan terasa seperti tahu juga merupakan masalah yang sering dihadapi. Banyak maklumat yang anda boleh diperolehi melaui pencarian di Internet. Jika tidak pasti dengan maklumat yang diberikan, boleh merujuk kepada Perunding hartanah berdaftar.

 

  1. Beli tahap kemampuan

Dapatkan rumah-rumah yang berharga rendah dahulu. Tinggal di rumah tersebut untuk beberapa tahun sementara mengumpul lagi wang tabungan simpanan perumahan . Ini lebih baik daripada menyewa. Selepas tabungan anda cukup, rumah yang anda duduki tadi boleh menjual semula atau membuat pelaburan.

 

Kesimpulannya masalah yang dihadapi tidak akan selesai selagi kewangan tidak di jaga. Sentiasa disiplin dan berusaha dengan lebih baik untuk mencapai segala yang diimpikan . Semoga anda dapat mencapai cita-cita untuk memiliki rumah pertama.

Print

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer menu area. Create your footer menu in Appearance -> Menus