Login


Register | Recover Password
 

Pengeluaran wang tunai dari KWSP

company_logo_bm Tags: ,

 

company_logo_bm

 

 

Kelayakan untuk memohon pengeluaran wang KWSP adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia; ATAU
Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
Bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998 ATAU mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

2. Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
3. Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.

Syarat-Syarat Pengeluaran Wang KWSP

 

Ahli Layak Memohon Sekiranya :-

  • Membeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’ / townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman.
  • Pembiayaan pembelian rumah melalui ;
  1. Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut :-

✎ Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA)
✎ Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
✎ Majikan ahli
✎ Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia).
✎ Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
✎ Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP;

ATAU
2. Secara tunai

  • Ahli telah menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.
  • Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Ahli telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua. Bukti penjualan / pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan.
  • Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP.
  • Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan).

Ahli Tidak Layak Memohon Sekiranya :-

  • Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
  • Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
  • Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
  • Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
  • Membeli rumah ketiga
  • Membeli rumah di luar negara

 

*Sumber dari laman web KWSPhttp://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/member/withdrawal-to-purchase-a-house

 

Adakah membantu?

Jika Ya, like fb saya untuk tips hartanaha yang lebih banyak membantu. www.facebook.com/propertywarisandotcom   Screenshot_2014-05-29-13-21-30

 

Terima kasih.

Salam sayang,

Norulhouzz

 

 

 

Print

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer menu area. Create your footer menu in Appearance -> Menus